Etichette
- Jadual Kuliah (1)
About Me
Link2 Hebat Bersama
Tazkirah Hari Ini
TANGGUNGJAWAB BESAR ZULKIFLEE RABBANI
8:29 PM | Posted by
The Road Chosen |
Edit Post
PERJUANGAN Rabbani masih diteruskan dan mereka sepakat memilih Zulkiflee (dua dari kiri) sebagai vokalis menggantikan Ustaz Asri
Pemilihannya adalah sejajar dengan hasrat dan pesanan Allahyarham Asri
MEMANG terasa ada kekurangan apabila melihat persembahan anggota kumpulan Rabbani tanpa pemimpin mereka, Mohd Asri Ibrahim atau Ustaz Asri yang meninggal dunia pada 13 Ogos lalu.
Kemunculan mereka pada Majlis Pelancaran Rasmi Bazar Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, adalah yang yang pertama bagi Rabbani selepas hampir seminggu Ustaz Asri kembali ke rahmatullah.
Wajah kesedihan dan kepiluan memang masih kelihatan pada anggota kumpulan ini. Bagaimanapun, yang pergi tak kembali, manakala kehidupan yang ada perlu diteruskan.
Jurucakap Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, berkata kehilangan dan sedih memang masih amat dirasai kerana ketika hayatnya, Allahyarham Asri adalah tonggak penting untuk membuat segala perancangan membabitkan kumpulan ini.
“Sewaktu raptai sehari sebelum persembahan pertama ini, kami memulakannya dengan bacaan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Buat kami yang tinggal ini, memikul tanggungjawab dan harapan yang tinggi untuk meneruskan legasi Rabbani. Saya juga bersyukur peminat masih setia menyokong.
“Persembahan ini pun sebenarnya sudah diuruskan terlebih dulu oleh Allahyarham. Sepatutnya kami merancang memakai baju Melayu berwarna hijau daun pisang sedondon. Tapi baju itu tak sempat nak ambil di kedai. Insya-Allah kami akan pakai untuk persembahan di Hotel Singgahsana.
“Allahyarham yang suruh setiap daripada kami membuat tiga pasang baju raya,” katanya yang ditemui pada majlis anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia serentak dilakukan pengagihan bubur lambuk Agung Kampung Baru kepada orang awam.
Majlis ini adalah anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Petronas dan Maggi yang mengagihkan 25,000 bekas memuatkan bubur lambuk Kampung Baru kepada pertubuhan anak yatim, ibu tunggal dan pusat penjagaan bukan Muslim seperti Pusat Jagaan Titian Kasih, Tasik Titiwangsa, Anak-anak Yatim & Kariah Masjid Jamek, Kampung Baru, Persatuan Kebajikan Ti-Ratana dan Rumah Sayangan Taman Berlian, Cheras.
Menurut Azadan, sebenarnya Allahyarham Asri seperti memberikan pembayang sebelum pergi meninggalkan mereka. Antaranya, sesi fotografi kad raya membabitkan anggota dan pekerja syarikat Rabbani yang sepatutnya diadakan pada 17 Ogos, tetapi Allahyarham meminta ia dipercepatkan dua hari lebih awal.
“Pada masa yang sama, Allahyarham sempat menandatangani kontrak Ramadan bersama Hotel Singgahsana untuk tahun ke-18 pada 11 Ogos lalu. Rupa-rupanya, di sebalik kebimbangan Allahyarham terhadap soal tarikh mengenai urusan tertentu, ada maksud tersirat sebenarnya. Insya-Allah, kami akan mengundang kumpulan nasyid lain bagi mengadakan persembahan khas mengenang Allahyarham di hotel terbabit.
“Dalam pada itu, kami bersyukur rezeki tetap ada apabila penganjur persembahan yang sudah lama kenal menghubungi untuk undangan membuat persembahan.
“Mungkin juga ini berlaku disebabkan keperibadian Allahyarham yang cukup disenangi orang. Sepanjang hayat Allahyarham, saya memang jarang berenggang lama dengannya. Paling lama pun selama lapan hari kerana pakej umrah kami berbeza,” katanya yang mula mengenali Allahyarham Asri sejak tahun 1991.
“Pada puasa kali ini, kami diibaratkan seperti kehilangan seorang ayah dan sahabat yang sangat disayangi,” katanya.
Azadan berkata, anggota Rabbani kini bersetuju untuk memilih Zulkiflee Azman secara rasmi menggantikan kekosongan vokalis utama kumpulan ini.
“Zulkiflee mengisi tempat yang ditinggalkan Allahyarham. Kami tidak perlu mencari orang luar, sebaliknya di kalangan rakan-rakan dalam Rabbani juga,” katanya.
Bagi Zulkiflee, dia menerima mandat untuk menjadi vokalis Rabbani dengan tangan dan hati terbuka. Katanya, ini secara tidak langsung, Rabbani memenuhi keinginan Allahyarham Asri yang pernah meminta untuk menggantikan tempatnya jika ada apa-apa terjadi.
Namun, dia tidak menafikan tanggungjawab yang dipikulnya sangat berat kerana sukar untuk menandingi kehebatan Allahyarham Asri. Bagaimanapun, amanah itu akan cuba dilakukannya sebaik mungkin.
“Perjuangan Rabbani harus diteruskan harap sehingga kami semua mempunyai generasi beranak-pinak. Harapnya Rabbani tidak akan berpecah dan kekal selagi ada yang meminati muzik kami.
“Menggeletar dan seram sejuk juga pada mulanya untuk memikul tugas ini. Tapi Alhamdulillah sekarang sudah okey,” katanya sambil memberitahu Rabbani akan menyanyikan semula lagu ciptaan Allahyarham Asri bagi menyegarkan kembali ingatan sewaktu permulaan wujudnya kumpulan Nada Murni hinggalah sekarang.
Sumber: fenomenasyid.blogspot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 idea baru:
Post a Comment